Thursday, August 20, 2009

Esok Nak Puasa..

Post yang pertama ni dibuat sehari sebelum puasa. Esok, 22 Ogos 2009 bersamaan dengan 1 Ramadhan 1430, umat Islam di bumi Malaysia ni akan memulakan ibadat puasa, jadi malam ni dah start tarawikh la kiranya. Setiap kali datang bulan puasa, aku akan teringat kisah-kisah bulan puasa masa aku kecik-kecik dulu, walaupun aku sekarang ni dah besar panjang. Semacam satu tabiat lak bila nak puasa je, mesti terkenang masa puasa dulu-dulu.

Hari ni, aku masih kerja macam biasa. Semakin hari aku merasakan bahawa hidup aku ni sama je, tak kiralah siang ke, malam ke, asyik-asyik mengulangi benda yang sama, setiap hari. Aku dah semakin bosan dengan perkara-perkara yang sama disekeliling aku ni. Terasa seolah-olah yang mereka ataupun benda-benda sekitar aku ni pun agaknya dah muak dah dengan aku. Aku dah kerja hampir 8 tahun dah kat tempat kerja aku sekarang tetapi apa perkembangan yang aku ada? Kosong!! 8 ahun dulu aku begini, sekarang ni pun aku masih begini. Yang berubah hanyalah saiz badan. Dari segi perkembangan sosial dan kewangan ataupun kemajuan diri sendiri, langsung tiada apa yang berubah. Lantas difikirkan oleh aku, apa benda yang sepatutnya aku buat untuk memajukan diri? Aku nak berubah! Aku nak lari dari takuk lama. Aku nak bebaskan diri aku dari rutin seharian yang membosankan ni.

Cakap memang la senang, tapi apa yang aku nak buat untuk memajukan diri sendiri? Bila soalan itu berlegar kat kepala aku, serta merta aku menjadi kaku dan lesu. Aku tak dapat fikirkan apa yang patut dan tak patut aku lakukan untuk memajukan diri. Minda manjadi kelam, otak menjadi semakin perlahan untuk memikirkan apa yang sepatutnya dilakukan. Tapi aku tau yang suatu hari nanti akan datang sinar cahaya ilham dariNya memberikan aku jalan dan pilihan yang terbaik untuk aku memulakan hidup baru. Insya Allah..

No comments:

Post a Comment