Seperti tajuk post, hari ni dah dua hari dah kita puasa. Semalam aku berbuka puasa kat rumah orang tua aku. Sahur pagi tadi pun kat rumah orang tua aku gak. Cuma berbuka je tadi kat rumah mak cik aku. Awal-awal puasa ni, apa la salahnya kita sejukkan sikit hati orang tua kita. Dah la selama ni aku pun jarang balik rumah orang tua aku. Apatah lagi bermalam kat rumah mereka. Jadi sempena awal puasa ni, aku pun ambil kesempatan ni untuk balik rumah mereka dan lupakan sekejap pasal kerja. Kalau nak difikirkan pasal kerja, memang tak abis-abis.
Esok hari Isnin, dah kerja balik. Terasa sekejap je cuti hujung minggu ni. Kalau la kerja memang terasa lama sebab hari-hari sama je, tengok tempat kerja. Ni yang terasa malas ni nak start keje esok. Monday Blues kata orang. Tapi blues ke, dangdut ke, kita tetap kena datang kerja. Dah itu yang kita mintak, itu la yang kita dapat. Cuma sejak dua tiga menjak ni, aku terasa sangat malas untuk mengikuti atau mengamalkan rutin harian aku tu. Aku dah letih untuk menjadi hamba kepada kerja aku sekarang ni. Mungkin terlalu kasar ayat aku ni tapi aku memang betul, aku dah malas nak mengulangi rutin harian aku sejak 8 tahun lalu sampai sekarang. Aku nak jadi orang yang ada kebebasan masa. Tapi masalahnya kalau aku pilih kebebasan masa, aku takkan ada duit untuk menyara keluarga aku. Maksud aku kat sini ialah berhenti kerja. Tu la, kalau berhenti kerja nanti, keluarga aku nak makan apa nanti? Takkan la nak biarkan orng rumah aku kerja, pastu aku lepak kat rumah je, nanti orang akan kata aku ni suami yang teruk pulak. Lagipun dah memang tanggungjawab aku untuk bertanggungjawab atas keluarga aku, kan?
Minggu depan minggu terakhir untuk aku cari orang untuk mengembangkan lagi perniagaan MLM alu. Memang susah betul la nak ajak orang bisnes MLM ni. Setakat ni, semua yang aku ajak, semuanya tersenyum pahit je kat aku. Aku dapat agak apa yang ada dalam hati diorang. Aku dapat rasakan yang diorang menyampah dengan MLM ni. Adakah diorang sedar yang memang trend sekarang ni orang cari duit dengan MLM? Even Robert T Kiyosaki pun buat MLM, Donald Trump pun buat MLM, inikan pula orang biasa yang macam aku, macam ko tanak buat MLM. Yang aku peliknya, ada dikalangan member-member aku ni yang sanggup keluarkan duit yang begitu banyak, buat pinjaman sana-sini untuk masuk pelaburan yang sia-sia, pastu kena tipu. Semua tu disebabkan diorang tu MALAS nak berusaha untuk mencari duit. Memang PEMALAS!! Tau bagi duit, dapat duit balik banyak. Tolong la, mana ada orang nak bagi duit banyak melainkan kita sendiri yang cari. Rajin cari, dapat la banyak, tul tak?